Click Here For Free Blog Templates!!!
Blogaholic Designs

Pages


counter
Friday, 15 November 2013

"Lembu Punya Susu,Sapi Dapat Nama"




ASSALAMUALAIKUM...
   
Hye!!..

walaupun agak sibuk aku still rindu nak menulis kat blog ni..

ermmm,,aku bukan menulis kerana nama,,bukan nak jadi se’femes’ Maria Elena dan blogger2 yg lain..

aku menulis sebab aku suka menulis..aku suka buat puisi dan sekarang aku juga sedang menulis satu cerita pendek  tentang first love aku…hahaha..

nak baca ker????..

tunggu je la aku publish nnti..haha..

bila???..

aku pun tak pasti lg..mungkin tahun depan.,mungkin jgak 2thun lg..haha..

knpa lambat???..

aku menulis bila aku ada mood menulis..tu je alasan aku..lagipun makin lama,makin aku lupa first love aku tu..hihi..

’barang yg lepas,,jgn dikenang’..haha


 

Okay la topic kali ni..mungkin agak serius kot….

LEMBU PUNYA SUSU,SAPI DAPAT NAMA…

knpa aku bukak topic ni??..

sebab aku sekarang pun tengah hadapi benda ni..aku nak org tahu betapa SAKIT HATInya bila kita yang susah payah buat kerja tapi last-last ORG LAIN DAPAT NAMA..huhu..

korang pernah rasa ke???..

 

Aku ni bukan la jenis  terlalu sensitif tapi aku akan sentap bila ada benda yang buat aku terasa yang amat sangat..

macam sekarang ni,aku penat2 buat kerja tu..tapi org lain dapat nama..mmg aku terasa sgt..

tapi aku tak boleh la bgtau nama siapa…tak pasal2 nnti kitaorg gaduh lak..

hurmmm,,satu hal lagi yg buat aku terasa,,aku tak suka org TIPU aku,,berterus terang je la,,insyaAllah,aku boleh faham keadaan korang,,tak payah la nk tipu aku bagai…

aku rasa BODOH yang amat sangat bila org tipu aku..mmg aku tak suka…dan mmg aku benci benda tu..

 

Apa korang rasa bila member korang buat mcm tu kat korang???...

korang akan terasa kan???..

macam tu la jgak aku..aku pun MANUSIA jgak la,,ada hati dan perasaan..tahap KESABARAN aku pun ada limit jgak..

jangan la buat org mcm ni..

 

Walaupun aku terasa gilerr dgn benda ni tapi aku tak akan tunjuk depan2 org tu yg aku terasa gilerr dgn dia..sebab aku lebih menghargai PERSAHABATAN ni…

walaupun aku menghargai persahabatan ni tapi at least aku nak member2 aku pun faham yg aku tak suka benda ni jadi..aku pun nak member2 aku menghargai persahabatan ni..jangan hanya kerana aku boleh bertolak ansur,,diaorg nk pijak2 aku macam ni..

 

Satu je aku nak remind,,

kalau org baik dgn aku,,aku boleh jadi  baik gilerr dgn org tu tapi kalau org buat jahat dgn aku,,aku boleh jadi sejahat gilerr dgn org tu…

aku bukan nk ugut ke apa..tapi tu la pegangan aku…

 

Yup!!!..org ada ckap,,kalau org bagi kita api,,kita balas dengan air..kn???...

aku nak buat mcm tu???..

kalau aku buat mcm tu,,sampai aku mati pun org akan permainkan dan tindas aku…

 

Macam ni la,,kalau org tu bagi aku api yang kecil,mungkin aku mampu lagi balas dgn air..

tapi kalau org tu bagi aku api yg besar,,yang mampu membakar kesabaran aku,,mmg aku dah x mampu nak balas dgn air dh..time tu,aku hanya mampu balas dgn api balik…

itu la aku..


 

Hurmmm..tu la…

aku nak ingatkan diri aku dan korang semua,,jangan ambil kesempatan atas org lain,,

itu namanya menzalimi org lain..doa org yg dizalimi ni,,cepat je Allah nak makbulkan…

janganlah main-main…

kalau org buat baik dgn kita,,balas la baik,,..

jangan sesekali tindas org..

hidup kita ni ibarat roda,,

ada masa kita diatas,,ada masa kita dibawah..

kalau kita sdg berada diatas,,jangan sesekali kita tindas yang dibawah..

kalau Allah nak kita jatuh,,kejap je Dia boleh jatuhkan kita dengan kuasaNya…

 

 

INGATLAH WAHAI SAHABAT…..!!!!!!!!!!!!!

Thursday, 7 November 2013

...Ketika Hati Berbicara...



Assalamualaikum
Hye!!!......
Ketika perasaan itu berbicara soal cinta,lalu hati memahami apa rasanya..Betul!!..rasa cinta itu adalah anugerah Ilahi.Anugerah terindah bagi mereka yang merasai cinta itu yang sebenar-benarnya.Tidak perlu dikotori ia dengan nafsu tapi ia perlu diindahkan dengan jiwa yang suci kerna Allah.Bersyukurlah kita kerana diberi anugerah itu dan mencintailah mereka yang selayaknya dicintai.

Aku punya kisah cinta namun ia tidaklah seagung kisah cinta Adam dan Hawa. Dikisahkan Yusuf dan Zulaikha. Diabadikan Shah Jehan dan Mumtaz Shah. Diperikan Romeo dan Juliet. Diceritakan oleh Rama dan Sita. Dan dilakonkan oleh Laila Majnun.Kisah aku cuma cerita yang biasa dari orang yang biasa untuk orang yang istimewa.

DIA……….

Meski dia tidak sempurna dipandangan Ilahi tapi dia terlalu sempurna dimata wanita2 diluar sana..
Dan aku tidak selayaknya untuk lelaki sempurna seperti itu..

Namun aku punya hati untuk mencintai dan punya rasa untuk dicintai oleh lelaki sesempurna itu
Ingin aku menyentuh hatinya tapi aku tidak pantas baginya kerna diri ini terlalu banyak kekurangannya..

“LELAKI YANG BAIK UNTUK PEREMPUAN YANG BAIK DAN PEREMPUAN YANG BAIK UNTUK LELAKI YANG BAIK”
Itu janji Allah.Dan janji Allah itu pasti
Dan aku tidaklah terlalu baik untuk lelaki seperti dia kerna dirinya terlalu baik..
Biarlah aku mencintai dirinya secara diam-diam kerna itu selayaknya aku..


Biarlah Allah yang mengaturkan segala-galanya bagi aku..

Jika benar dia tertulis untuk aku,,Moga nanti dia datang dengan pinangan atas nama Allah..
Jika dia bukan jodoh aku,,Moga hati ini meredai segala ketentuan itu dan moga dia memiliki jodoh yang terbaik malah lebih baik dari aku.


Tuhan, jika dia memang baik untukku maka dekatkanlah diriku dengan dirinya. Tapi Tuhan, kalau dia bukan untukku, jangan biarkan hambamu ini terus mencintainya dan tukarkanlah rasa suka itu menjadi rasa sayang sesama anak Adam”


Sunday, 27 October 2013

La Tahzan Wahai Hati

JANGAN  BERSEDIH  LAGI..   

Saat hati benar-benar di landa gelisah... gundah.. ada sesuatu yang mengganggu fikiran... atau sakitkah hatimu..?? atau peritkah hatimu..?? atau mungkin hatimu derita di kala ini...

kenapa aduhai hati..??
apakah yang menyebabkan sakit hatimu..?

atau derita hatimu..?
ataupun fikiran keliru..

wahai hati..
bila engkau memandang segalanya dari Allah..
yang mempercepatkan segalanya.. yang menimpakan ujian.. yang menyebabkan sakitnya hatimu, membuatkan keinginanmu terhalang..
pastinya damailah hatimu jika engkau mengetahui.. kerana masakan Allah sengaja mentadbirkan segala2nya dengan sia-sia...
bukan Allah tidak tahu betapa deritanya hidupmu.. pecahnya hatimu..
mungkin itulah yang Dia mahukan..
Kerana Dia tahu, hati yang sebegini lebih lunak dan lebih mudah untuk dekat denganNya..

wahai hati..
berjalanlah dengan penuh harapan kepada Allah semata-mata..
walaupun hidup ini tak selalu bahagia..
sedekahkanlah satu senyuman walau dihatimu tak mampu lagi bertahan..
belajarlah memaafkan walau dirimu terluka..
hiduplah dalam iman walau hidup dipenuhi godaan..
dan berpeganglah kepada Allah walau dia tidak kelihatan..
Bukti kasihNya, kita wujud didunia pinjamanNya..

wahai hati..ingatlah..
bahawa orang yang soleh tidak gembira apabila mendapat sesuatu kesenangan..
Juga hatinya tidak berduka andai tidak mendapat apa yang di impikan..
Kerana dunia tiada di hatinya..
Yang ada hanyalah pengharapan kepada Allah semata-mata..

aduhai hati..contohilah para sahabat Nabi saw..
Apabila di beri kesenangan, hati mereka pasti gelisah..
Di pohon kepada Allah agar mendatangkan kesempitan..
kerana hati mereka bimbang andai terleka dengan kesenangan..

Bertahun-tahun ku cuba pujuk hati sendiri..
aduhai hati..
ketahuilah bahawa hidup bukan hanya di sini..
Di sana kekal abadi..
Aduhai hati..
yakinlah Allah sentiasa bersama hambaNya yang inginkan cintaNya..
Bukankah keperitan itu juga dari Allah..?
Bukankah kesakitan itu juga dari Allah..?
Bukankah kesempitan itu juga dari Allah..?
Aduhai hati..
yakinlah kasih Allah itu kasih sejati..
Aduhai hati..
ingatlah, janji Allah janji yang pasti..

Wahai hati..
manangislah penuh pengharapan kepada Ilahi..
Pasti kan kau temui jalannya nanti..
Wahai hati..
usahlah bersedih lagi..
carilah redhaNya, sematkan di setiap sudut hati..
Moga kasihNya, menyinari hari-hari yg mendatang..


"Jangan biarkan wujudnya pengharapan di hati kita kepada manusia..
Mengaharaplah kepada Allah semata-mata.."