Click Here For Free Blog Templates!!!
Blogaholic Designs

Pages


counter
Sunday, 27 April 2014

MidSem Break

                                            ..assalamualaikum..

Hye,,kali ni aku nak share story pasal percutian aku dengan Tira...Tira???..yupp..Tira Atirah,my bestie forever and ever..Kemana kitaorg pegi???..KE LANGKAWI KE KITA....hahaha...dh lama nk pegi Langkawi tpi xpernah ad peluang....TAPIII,,aku dengan Tira dpt jgak pegi time MidSem Break(4 April-13 April) lepas...kitaorg pegi just utk 3Hari2Malam je..

4-5 April 2014
~Hari Jumaat(malam), aku bertolak ke Kedah and stay kt rmah Tira dkt Changlun...tempat yg bnyk menyimpan kenangan malah menyimpan terlalu bnyk rahsia aku..haha..Pernah aku berjanji pd diri aku sendri..aku takkan pernah menjejak kaki aku lagi ke sini..Tapi disini lah aku belajar erti kehidupan sebenar,,Erti kehidupan sosial,..Erti sebuah perasaan,,Erti berdikari,,malah aku juga belajar untuk 'menjaga diri' aku bilamana berjauhan dengan mak ayah..Tapi hari tu,,aku jejak lagi kaki aku ini di sini hanya kerana sebuah persahabatan malahan kekeluargan..Kerana Tira, abah&mama Tira yang selama ini bnyk membantu aku..malah keluarga Tira dh aku anggap seperti keluarga aku sendiri..

~Hari Sabtu, Tira bagi aku rest sampai tengahari sbb malam tu aku sampai rmah dia dh hampir subuh dh..Then, kitaorg 'lepaking' dkt Jitra Mall sbb aku pernah ckp kt Tira yg aku rindu nk lepak dkt sana dan rindu nk mkn KFC dgn dia..So,Tira bwk aku lepak dan mkn KFC kt sana...Malang sgt sbb xdapat lepak lama kt sana sbb CUACA...kitaorg naik moto,,jawabnya mmg basah la kn..hahaha..Dan sayang sgt sbb xdpt nak spent time dgn abah&mama Tira...Tapi aku faham diaorg sibuk..

6-8 April 2014
~Hari Ahad, abah&mama Tira hantar kitaorg kt Jeti Kuala Perlis..dalam tengahari jgak la kitaorg naik feri ke Langkawi...(pasal Langkawi aku cerita dalam post yang lain).

8-13 April 2014
~Hari Selasa(malam), aku bertolak balik ke Terengganu..sampai dkt rumah pn dekat hampir subuh jgak(8-9 jam perjalanan)..Ingatkan seminggu cuti nak spent time dgn Tira tapi disebabkan RINDU yang amat sangat, aku balik jgak ke Terengganu..
Sebelum pegi Langkawi, ayah ckp dia rindu aku,,So, disebabkan aku SAYANG SANGAT dgn ayah aku ni,,aku balik la..ingt nk buat suprise dkt ayah..tpi kalau nak buat suprise dkt ayah,,nnti sape nak ambik aku kt stesen bas..teksi mana ada pagi2 buta mcm tu.,.hahaha

Dulu pernah tanya ayah,,"Knp nak sgt hantar akak belajar jauh2???..Knp x bgi akak belajar dkt UMT je???"..Ayah dgn alasan,"UKM kn Uni. yg terbaik.."..."Knp bgi anak lelaki ayah(abg) bljar dkt??..Tapi akak bljar jauh???".Ayah diam xda jawapan untuk soalan aku tu..Aku tanya lagi, "Klau ayah nak akak blajar jauh,,knp dulu ayah xbagi akak belajar dkt US,,??...Ayah jawab, "Ayah xsuka akak bljr dkt US,,,US bkn tempat yg terbaik..hidup penuh sosial..nnti akak jarang balik Malaysia.."...

Aku faham dan tahu ayah dh buat yg terbaik utk aku dan dia sememangnya mahukan yg terbaik utk aku..Thanks,Ayah

Okay!!!!!!!!...dh bnyak masuk cerita lain dh ni,,,,hahahaha...Soryyyyy...
Next post 100% pasal percutian kami di Langkawi..

See you again!!!!!!!!!!!!!!!...

Opppsssss????..Bila Fara Mula Merapu..??

..assalamualaikum..

Maaf sebab terlalu lama melupakan blog ni...kesibukan&kekangan masa menghalang aku untuk menulis disini..Itulah lumrah seorang pelajar seperti aku ini..Walaupun kadang2 tu,time tidur x menentu,,makan pun x menentu..Tapi aku tak pernah berputus asa untuk menulis di blog ni..

Hari ni aku curi sedikit masa untuk menulis..sekadar melepas rindu la katakan..hihihi..

Ya,,dulu lepas SPM aku ada menulis cerpen tapi terbengkalai selepas aku masuk Matrik..tapi lepas Matrik,aku sambung balik..dh pun masuk separuh daripada jalan cerita tapi terbengkalai lagi selepas aku masuk UKM..dan sampai sekarang aku masih belum menyambung lagi..hahahahaha

Entah jadi ke tidak la cerpen tu..mungkin ada hikmah kenapa aku x mampu teruskan cerpen tu..yuppp,,masa untuk aku lupakan dia yang bernama kenangan silam..

Aku akui,,btol..cerpen tu 100% mengenai aku dan dia..hubungan kami ketika itu yang hanya berlandaskan 'Teman Tapi Mesra'..tapi semuanya brubah sekelip mata..hikhik..okay!!!..dh la aku cerita pasal dia..

Argghhhhh..kenapa aku perlu cerita pasal dia..LUPAKAN,,LUPAKAN,,LUPAKAN PASAL DIA..

LET'S FORGET ABOUT HIM,FARA..

Hadirnya dia,
Hanya sebuah kisah silam,
Perginya dia,
Bagai angin yang menyapa..


#ntah apa2 aku merepek kn???..hahaha#
Sunday, 16 February 2014

♡ Unbreak My Heart ♡

✿✿✿...Assalamualaikum Cinta...✿✿✿




Apa khabar jodohku? Sihatkah? Berat rasanya kelopak mataku tertutup. Bagaimana dengan kamu? Apa kamu selalu terbangun disepertiga malam terakhir? Dan apakah mulutmu terasa menerus -menerus berzikir dimalam hari?

Jujur aku rindu kamu, wahai jodohku..
Tapi saat ini belum saatnya untuk kita bertemu, bukannya aku tak mahu, atau aku tak rindu. Tapi sememangnya kerana perjalanan kita masih panjang. Dan masih banyak kewajipan yg harus kita penuhi sayang. Kadang – kadang aku berfikir, apa nanti saat subuh tiba kau akan membangunkanku? Mengajakku bertafakur dan bersujud kepada-Nya?
Berat hati ini menantikanmu, gelisah pula hati ini memikirkanmu. Apa kau selalu hiasi langkahmu dengan kebaikan-kebaikan? Dan apakah nanti saat zuhur tiba, kau akan meninggalkan kesibukanmu sementara, untuk menghadapNya?

Jodohku, sihatkah kamu?
Kalau aku berada disamping mu saat ini, mungkin aku akan merawatmu dengan penuh kasih sayang.

Jodohku sabar dan tenanglah..
Aku disini masih bersabar menanti mu, Hatimu tidak terluka kan? senyumlah.. kerana aku yakin kebahagiaan akan selalu menyertai kita, Jikalau detik ini hatimu sedang terluka, berwuduklah.. dan mendekatlah diri kepada-Nya. Tetapi disini aku berharap kamu baik-baik saja..

Jodohku, aku rindu..
Bilakah kita akan bertemu? Begitu banyak hal yg ingin ku ceritakan kepadamu. Begitu banyak pula harapanku untuk menantikan nasihat – nasihat mu. Hati ini kosong.. dan hati ini tak sabar menanti kehadiranmu yang kan membalut dan menyembuhkan luka dihatiku.

Jodohku…
Adakah kau juga rindu padaku? Bagaimana dengan Quran mu? Sudahkah kau baca diantara maghrib dan isyak? Apa yang kau fahami dari surah itu? Ceritakanlah kepadaku.. Aku sedia mendengar, dan begitu juga dengan keluhanmu, aku sedia mendengarnya..

Apa perubahan  yang kau lakukan dari hari ke hari sayang? semakin baikkah?
Aku berharap seperti itu, Jodohku..
disetiap langkahku dan seusai solatku..
ku bisikkan AL-Fatihah untukmu, agar kau selalu berada dijalan-Nya..
Sabarlah sayang, waktu-waktu ini bukanlah waktu yang lama..
Jangan sampai kau tersalah jalan sayang..

Jodohku..
nantilah aku, dengan perbagai kebaikan yang nantinya akan membawa Rahmat untuk kita, Jagalah dirimu dari hal-hal yang dilarang agama. Kerana aku mencintaimu secara tulus & ikhlas

Jodohku..
Bersiaplah kau untuk mencintaiku scara tulus dan mahu menerima segala kekuranganku. Dan membenarkanku dikala aku salah. Sayang… berusahalah membahagiakan orang tuamu… dengan menjaga sikapmu dan tuturkata mu.. Aku yakin kau adalah orang yang sabar, orang yang cekal membesarkan anak – anak kelak Jangan pernah merasa keseorangan.. kerana aku disini masih setia menantimu..

Jodohku..
kalau siang sudah berlalu.. pejamkan matamu dengan buaian doa, begitu juga ucapan doa dariku yang selalu menyertaimu…
Semoga ALLAH selalu menjadikan kita dijalan yang benar. Amin…

Jodohku..
Tak terasa penatku menaip pada keyboard ini, memang benar ini adalah tanda kerinduanku kepadamu,
Ingatlah sayang..
aku selalu ada untukmu..
Untuk itu jangan pernah kau merasa sendiri atau sepi..
Semoga kerinduanku ini akan terjawab, seiring berjalannya waktu.

Salam hormatku dan sayangku untukmu…. J

Sumber asal : http://akuislam.com/

...Redakanlah Amarahmu...







Amarah???...tidak ada manusia yang tidak ada rasa amarah ini..aku pun tidak terlepas daripada memiliki perasaan itu,,kadang-kadang aku mampu mengawalnya dari ‘meletup’..dan kadang-kadang aku sendiri tak mampu mengawalnya kerana aku juga manusia biasa yang ada had dan batas rasa marahnya..

Jujur aku akui aku tak mampu memarahi sahabat dan orang yang lebih tua daripada aku…marah aku, garang aku hanya dihadapan adik-adik aku yang tak pernah nak dengar kata..haha..
Kalau aku marah dkt someone,,aku hanya mampu pendamkan saja,,dan diam….aku rasa itu lebih baik daripada memarahi,,dan memaki mereka..

Lately, aku rasa mcm nak marah org je selalu,,mungkin aku cuma berhati-hati agak hati aku tak terluka lagi kot..hihi..aku dah pun google dan cari sikit maklumat supaya dapat kawal sifat amarah ni…ye la kadang-kadang time kita marah,,semua perkataan yang tak sesuai keluar kan…itulah kelemahan kita kn..hihi

So, sekarang masa untuk kita belajar menjadi insan yang lebih sabar dalam menjalani hidup ini.

Kali ni saya akan kongsikan cara-cara meredakan amarah :


1. Langkah awal apabila kita merasakan perasaan amarah meelanda, sebaiknya kita membaca Ta'awwudz.Kerana hanya pada Allah kita meminta pertolongan.

" Rasulullah bersabda kalimat yang diucapkan nescaya akan hilang kemarahan seseorang, iaitu A'uudzu billah mina-syaithani-r-rajiim, Aku berlindung kepada Allah dari godaan syaitan yang terkutuk (H.R. Bukhari Muslim)."

 2. Bersegeralah mengambil air wuduk.

"Rasulullah bersabda kemarahan itu dari syaitan, sedangkan syaitan tercipta dari api, api hanya dapat dipadam dengan air, maka kalau kalian marah berwuduklah (H.R. Abu Dawud)." 

3. Jika marah dengan keadaan berdiri maka duduklah, jika masih belum hilang maka berbaringlah.


4. Jika langkah diatas masih belum mampu menghilangkan rasa kesal dalam diri kita. Sebaiknya kita diam, menjaga perkataan lalu banyak berzikir atau membaca surat cinta dari Allah(Al-Quran).

"Ajarilah(orang lain), mudahkanlah, jangan mempersulit masalah, kalau kalian marah maka diamlah (H.R. Ahmad)."
"Ketahuilah sesungguhnya marah itu bara api dalam hati manusia.Tidakkah kamu melihat merahnya kedua matanya dan tegangnya urat darah dilehernya? Maka barangsiapa yang mendapatkan hal itu, maka hendaklah ia menempelkan pipinya dengan tanah(sujud) (H.R. Tirmidzi)." 
Friday, 14 February 2014

....Tersenyumlah Wahai Hati Yang Bersedih....

✿✿ Jodoh Pasti Bertemu ✿✿



Jodoh Pasti Bertemu

“Dalam hidup pasti ada yang datang dan pergi
Memberi cinta atau menembus luka
Namun bukankah Tuhan selalu punya rencana


setelah hujan selalu ada pelangi
setelah luka pasti ada bahagia
setelah menunggu pasti akan ada yang datang


semua indah pada waktunya
jika kau mau menunggu, berusaha dan berdoa”


Jika aku bukan jalanmu
Ku berhenti mengharapkanmu
Jika aku memang tercipta untukmu
Ku kan memilikimu, jodoh pasti bertemu