TEKNIK PEMBELAJARAN YANG BERKESAN
Pelajar
yang mengamalkan cara belajar yang betul akan lebih mudah mencapai kejayaan
berbanding dengan pelajar yang belajar tanpa mengikut tatacara yang bersistem.
Berikut ini disenaraikan dua puluh kaedah belajar yang berkesan untuk membantu
pelajar berhadapan dunia peperiksaan.
Pertama
– Tidak mensia-siakan biar pun seminit
Seorang pelajar yang cemerlang menggunakan masa yang terluang, masa pertukaran
kelas, masa menunggu kereta sewa, masa sebelum hidangan makanan. Mereka boleh
membaca satu atau dua soalan objektif atau ulangkaji pelajaran yang telah
mereka baca.
Kedua
– Membawa buku ke mana sahaja mereka pergi
Amalkan sikap membawa buku setiap ketika. Sikap ini bukan bermaksud kita mesti
membaca buku tersebut. Kemungkinan diri anda tidak membaca apa-apa , tetapi ia
memupuk jiwa bersungguh-sungguh dengan kewajipan terhadap pelajaran. Sikap ini membolehkan
anda menyemai budaya belajar yang positif dan sikap bertanggungjawab terhadap
pelajaran.
Ketiga
– Gunakan masa awal pagi
Gunakan sepenuhnya masa awal pagi untuk mengulangkaji pelajaran yang anda
lemah. Pupukan semangat belajar pada awal pagi biar pun anda tidak terasa mahu
membaca. Usaha ini akan menyemai semangat yang kental terhadap pelajaran dan
membolehkan anda mulakan hari tersebut dengan azam untuk berjaya.
Keempat
– Buat nota ringkas
Pelajar yang cemerlang sentiasa membuat nota ringkas. Nota tersebut adalah
untuk membolehkan anda merujuk kembali apa yang telah anda baca. Ia tidak
menjamin ingatan anda tetapi ia meningkatkan kuasa ingatan anda. Dengan adanya
nota ringkas, ulangkaji sehari sebelum peperiksaan menjadi lebih mudah.
Kelima
– Mengikut jadual sepenuhnya
Aturkan masa untuk setiap aktiviti yang anda hendak lakukan pada hari tersebut.
Patuhi jadual belajar anda tanpa syarat. Jangan ikut perasaan. Biar pun anda
tidak suka belajar pada sesuatu masa, buka sahaj buku dan membacanya. Jika anda
mempunyai disiplin yang kuat terhadap hidup, anda tidak akan lalai terhadap
tanggung-jawab belajar. Pastikan anda peruntukkan masa untuk setiap mata
pelajaran pada setiap hari jika anda mahu mencapai kegemilangan dalam semua
mata pelajaran.
Keenam
– Mencuba soalan tahun lalu
Pelajar cemerlang memperuntukkan masa untuk menjawa contoh soalan setiap hari.
Ini akan membiasakan dirinya dengan corak soalan yang sering keluar dalam
peperiksaan dan bagaimana menjawabnya. Pelajar yang hanya bergantung kepada
buku teks tidak akan lulus dengan cemerlang kerana mereka tidak biasa dengan
corak soalan peperiksaan.
Ketujuh
– Ulang sebanyak kali yang boleh
Setiap fakta yang dibaca akan terus diulang sebanyak yang mampu. Tidak ada had
ulangan yang akan dilakukan, Selagi ada masa, anda boleh mengulangi apa yang
telah dibaca biar pun anda sudah faham atau sudah mengingatinya. Semakin banyak
anda membaca, semakin tinggi keyakinan diri anda untuk lulus dengan cemerlang.
Kelapan
– Sentiasa menanya kalau tidak faham
Dekatkan diri dengan guru dan guna setiap kesempatan yang ada untuk menjawab
kemusykilan anda. Biar pun anda sudah faham , anda masih boleh menanya. Ini akan
menguatkan kefahaman dan ingatan anda. Anggapkan guru anda, kakak atau abang
anda, kawan-kawan anda sebagai orang yang boleh membantu anda dalam hal ini.
Kesembilan : Berikan penumpuan pada pelajaran yang lemah
Jika anda lemah dalam bahasa Inggeris atau matematik, peruntukkan masa yang
lebih untuk ulangkaji. Elakkan memilih mata pelajaran yang disukai dan abaikan
mata pelajaran yang anda kurang suka. Buat tanda pada bahagian yang anda rasa
perlu penumpuan lebih. Gunakan simbol dan lorekkan bahagian yang anda anggap
penting. Jangan jadikan tidak faham, tidak ingat atau tidak pandai sebagai
alasan untuk berhenti ulangkaji.
Ke
sepuluh : Mengunjungi perpustakaan
Rapatkan dengan kawan yang mahu belajar. Perhatikan bagaimana mereka belajar
dan semarakkan jiwa yang kuat seperti mereka. Tukar pendapat antara satu sama
lain. Berikan penemuan dan berkongsi soalan yang anda buat dengan mereka. Ini
akan mengaktifan suasana tolong menolong dalam haluan memajukan pelajaran masing-masing.
Ke sebelas : Menjadi model dalam rumah
Jadikan diri anda sebagai contoh kepada adik-adik lain. Beritahu mereka “Jangan
membuang masa dengan aktiviti-aktiviti yang tidak menyumbang kepada masa
depan.” Semakin anda memberi galakan untuk mereka , semakin tinggi semangat
anda untuk menjadi contoh kepada mereka. Apa yang anda serukan akan menjadi
panduan dalam hidup anda sendiri.
Ke
dua belas : Imbangkan masa kokorikulum dan akademik
Jika anda berada dalam tahun peperiksaan , jangan terlalu menumpukan perhatian
pada kokorikulum kerana ini akan melalaikan diri dalam bidang akademik. Jika
anda mahu berjaya dalam akademik, anda perlu mempunyai masa ulangkaji yang
cukup di rumah. Jika masa minima tersebut tidak dipenuhi, anda mungkin perlu
berjaga malam atau bangun pagi.
Ke
tiga belas : Belajar mengikut rentak sendiri
Jangan membandingkan diri dengan pelajar yang mantap dalam prestasi peperiksaan.
Anda perlu mengenal rentak sendiri dan pastikan anda mematuhi rentak tersebut.
Jika anda seorang pelupa, pastikan anda mengatur masa ulangkaji kedua atau
ketiga pada minggu-minggu yang akan datang. Jika anda perlukan bimbingan
tambahan , dapatkan tuisyen.
Ke empat belas : Persiapan minda sebelum ulangkaji
Lelapkan mata untuk beberapa minit dan wawasankan hidup anda kelak. Apa yang
anda hendak capai. Apakah corak hidup yang anda hajatkan. Apakah yang hendak
anda berikan kepada ahli keluarga serta ibu bapa anda sebagai tanda kasih
sayang dan terima kasih. Adakah anda berhajat hendak mengharumkan nama keluarga
dan negara anda ? Apakah kejayaan peringkat remaja yang membanggakan diri anda
dan keluarga anda? Bila anda membaca buku, kaitkan dengan hidup anda. Anda
bukan sekadar mahu lulus cemerlang dalam peperiksaan , anda mahukan hidup yang
baik dan berkualiti.
Ke
lima belas : Elakkan gangguan emosi
Semua perkara yang merunsingkan dan mengganggu konsentrasi waktu belajar perlu
diketepikan. Beritahu diri anda , “saya tidak relakan masa depan saya tergadai
oleh perkara yang remeh-temeh ini.” Sebaik pemikiran atau perasaan negatif
timbul, tuliskan pada kertas . Layankan semua gangguan ini selepas peperiksaan.
Anda boleh gunakan musik latar yang lembut untuk menjadikan suasana belajar
lebih santai (jika sesuai).
Ke enam belas : Kurangkan kerja rumah tangga
Jika anda pada tahun peperiksaan , maklumkan hajat anda untuk berjaya dan minta
adik-adik anda menolong anda dalam beberapa aspek kerja rumah tangga. Amalkan
sikap tolong menolong dalam keluarga. Bila masanya mereka yang menduduki
peperiksaan SPM, sama-sama menolong dirinya. Budaya berkongsi beban kerja rumah
tangga seperti mencuci kasut, menyapu lantai dan lain-lain akan memberi lebih
masa untuk anda belajar.
Ke
tujuh belas : Rancangkan jadual ulangkaji setahun
Tetapkan ulangkaji anda sehingga bulan September. Sebulan sebelum peperiksaan ,
anda perlu siap ulangkaji. Pastikan setiap mukasurat dibaca, dan setiap soalan
dijawab. Ini boleh dilakukan dengan membahagikan bilangan mukasurat buku dengan
bilangan hari yang ada. Jika anda gagal mengulangkaji mukasurat berkenaan pada
hari yang ditetapkan pangkahkan dengan besar menggunakan pensil. Pastikan anda
membaca mukasurat ini sebelum peperiksaan tiba. Tapi, sebelum anda membaca
mukasurat yang terhutang, pastikan anda telah siap ulangkaji mukasurat yang
ditetapkan untuk hari tersebut.
Ke
lapan belas : Belajar menyesuikan diri dengan semua keadaan
Biar pun rumah anda bising, panas atau kurang selesa; ia tidak menjadi
penghalang untuk anda mengulangkaji. Kadang-kadang , kita perlu belajar
menyesuikan diri dengan kekurangan yang ada. Semakin mencabar keadaan anda ,
semakin besar ujian ketahanan diri anda. Beritahu diri anda , “biar apa yang
berlaku, saya tetap dapat menjalankan tugas saya kerana saya seorang yang tahan
lasak.”
Ke
sembilan beas : Berhati-hati dengan kawan yang tidak sehaluan dengan anda
Jika anda mahu belajar tetapi rakan-rakan anda tidak suka belajar. Mereka cuba
mempengaruhi anda dengan seribu satu jenis kegiatan yang hanya membuangkan masa
anda. Berani berkata “tidak” dan menolak mereka dengan lembut. Jangan
sekali-kali menjadi mangsa kepada mereka kononnya anda tidak mahu melukakan
hati mereka. Jika anda mengikut rentak mereka, anda akan melukakan masa depan
sendiri.
Ke
dua puluh : Terus belajar biar pun tidak menampakkan kemajuan
Jangan mengukur prestasi anda kerana tidak menampakkan kemajuan yang nyata
dalam keputusan peperiksaan sekolah. Setelah berbulan-bulan anda
bertungkus-lumus, anda mungkin mahu kemajuan dalam keputusan sekolah. Sebenarnya,
penilaian sekolah tidak menggambarkan anda pasti akan lulus atau gagal dalam
peperiksaan akhir tahun. Teruskan usaha dan jangan berhenti.
Kesimpulan
Belajar adalah suatu seni. Jika anda tahu menguasai seni tersebut , anda boleh
berjaya biar pun diri anda mempunyai beberapa kekurangan. Semoga lembaran ini
menguatkan ikhtizam anda untuk mencapai prestasi yang lebih cemerlang dalam
pelajaran.
p/s: hanya perkongsian bersama...gud luck kpd mereka yang akan menduduki exam dlm tempoh yang terdekat...semoga korang mencapai target korang..okayyy!!!..
WISH U OLLS GUD LUCK...