Click Here For Free Blog Templates!!!
Blogaholic Designs

Pages


counter
Wednesday, 23 October 2013

TIPS ELAK PENYAKIT MALAS KETIKA BELAJAR

ASSALAMUALAIKUM

Malas???..hurmm..semua org ada penyakit ni..tambah lagi kalau time belajar..bukak buku kejap je,mata mula la layu..haha..korang tak payah tipu la,,ak pasti korang pun sama jgak kn???..lumrah beb..haha..

Nah!!..aku bg tip nak elak sakit malas time study..kita sama-sama follow r..Doktor pun tak leh nak bg ubat utk penyakit ni..yang  penting kita berubah kearah kebaikan..hihihi

PERTAMA:Buat temujanji untuk belajar dengan kawan.
               Lakukan study group. Kalau boleh, suruh kawan datang ke rumah kita dulu. Bila kawan dah sampai rumah tak kan nak cancel pulak kan. Walau pun berat hati, terpaksa melangkah jua.

KEDUA:Mulakan ulangkaji dengan subjek yang kita suka.
          Walaupun hanya sekadar 10 minit, ia dapat menjadi pemangkin untuk terus mengulangkaji pelajaran. Awas, jangan mulakan dengan subjek yang anda tidak suka.Sure 15 minit je dah bosan.

KETIGA:Ulangkaji secara berselang-seli antara subjek yang digemari dengan subjek yang kurang   digemari.
           Sebagai contoh, jika anda suka akan subjek matematik tetapi kurang minat pada subjek sejarah, lakukan ulangkaji selang 45minit bagi kedua-dua subjek ini.

KEEMPAT:Elakkan study di dalam bilik bersebelahan dengan katil.
                 Bahaya. Godaan katil itu lebih hebat dari buku di depan mata. Adalah lebih baik study dalam bilik                         study khas atau pun study di perpustakaan.


KELIMA:Jangan makan terlalu kenyang sebelum study.
              Ini adalah untuk mengelakkan perasaan mengantuk dan malas. Makanlah sekadar mengalas perut sahaja.

KEENAM:Study sambil mengunyah kismis.
              Kismis bagus untuk minda. Di samping itu dapat mengelakkan daripada persaan malas, bosan dan mengantuk.


Disini saya selitkan satu doa untuk kita sama-sama amalkan supaya penyakit malas ni berlalu pergi dalam hidup kita..


Do’a yang pernah diajarkan oleh Rasulullah SAW kepada Abu Ummamah:

Allohumma innii a’uudzubika minal hammi wal hazan wa a’uudzubika minal ’ajzi walkasal, wa a’uudzubika minal jubni wa bukhli, wa a’uudzu bika min gholabatid-daini wa qohrirrijaal.

“Ya Allah ya Tuhanku, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada keluh kesah dan dukacita, aku berlindung kepada-Mu dari sifat lemah dan sifat malas, aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan kebakhilan, aku berlindung kepada-Mu daripada bebanan hutang dan kezaliman manusia.” (HR Abu Dawud 4/353)



p/s:SELAMAT BERAMAL!!!!!!!!

0 comments:

Post a Comment