Click Here For Free Blog Templates!!!
Blogaholic Designs

Pages


counter
Sunday, 16 February 2014

♡ Unbreak My Heart ♡

✿✿✿...Assalamualaikum Cinta...✿✿✿




Apa khabar jodohku? Sihatkah? Berat rasanya kelopak mataku tertutup. Bagaimana dengan kamu? Apa kamu selalu terbangun disepertiga malam terakhir? Dan apakah mulutmu terasa menerus -menerus berzikir dimalam hari?

Jujur aku rindu kamu, wahai jodohku..
Tapi saat ini belum saatnya untuk kita bertemu, bukannya aku tak mahu, atau aku tak rindu. Tapi sememangnya kerana perjalanan kita masih panjang. Dan masih banyak kewajipan yg harus kita penuhi sayang. Kadang – kadang aku berfikir, apa nanti saat subuh tiba kau akan membangunkanku? Mengajakku bertafakur dan bersujud kepada-Nya?
Berat hati ini menantikanmu, gelisah pula hati ini memikirkanmu. Apa kau selalu hiasi langkahmu dengan kebaikan-kebaikan? Dan apakah nanti saat zuhur tiba, kau akan meninggalkan kesibukanmu sementara, untuk menghadapNya?

Jodohku, sihatkah kamu?
Kalau aku berada disamping mu saat ini, mungkin aku akan merawatmu dengan penuh kasih sayang.

Jodohku sabar dan tenanglah..
Aku disini masih bersabar menanti mu, Hatimu tidak terluka kan? senyumlah.. kerana aku yakin kebahagiaan akan selalu menyertai kita, Jikalau detik ini hatimu sedang terluka, berwuduklah.. dan mendekatlah diri kepada-Nya. Tetapi disini aku berharap kamu baik-baik saja..

Jodohku, aku rindu..
Bilakah kita akan bertemu? Begitu banyak hal yg ingin ku ceritakan kepadamu. Begitu banyak pula harapanku untuk menantikan nasihat – nasihat mu. Hati ini kosong.. dan hati ini tak sabar menanti kehadiranmu yang kan membalut dan menyembuhkan luka dihatiku.

Jodohku…
Adakah kau juga rindu padaku? Bagaimana dengan Quran mu? Sudahkah kau baca diantara maghrib dan isyak? Apa yang kau fahami dari surah itu? Ceritakanlah kepadaku.. Aku sedia mendengar, dan begitu juga dengan keluhanmu, aku sedia mendengarnya..

Apa perubahan  yang kau lakukan dari hari ke hari sayang? semakin baikkah?
Aku berharap seperti itu, Jodohku..
disetiap langkahku dan seusai solatku..
ku bisikkan AL-Fatihah untukmu, agar kau selalu berada dijalan-Nya..
Sabarlah sayang, waktu-waktu ini bukanlah waktu yang lama..
Jangan sampai kau tersalah jalan sayang..

Jodohku..
nantilah aku, dengan perbagai kebaikan yang nantinya akan membawa Rahmat untuk kita, Jagalah dirimu dari hal-hal yang dilarang agama. Kerana aku mencintaimu secara tulus & ikhlas

Jodohku..
Bersiaplah kau untuk mencintaiku scara tulus dan mahu menerima segala kekuranganku. Dan membenarkanku dikala aku salah. Sayang… berusahalah membahagiakan orang tuamu… dengan menjaga sikapmu dan tuturkata mu.. Aku yakin kau adalah orang yang sabar, orang yang cekal membesarkan anak – anak kelak Jangan pernah merasa keseorangan.. kerana aku disini masih setia menantimu..

Jodohku..
kalau siang sudah berlalu.. pejamkan matamu dengan buaian doa, begitu juga ucapan doa dariku yang selalu menyertaimu…
Semoga ALLAH selalu menjadikan kita dijalan yang benar. Amin…

Jodohku..
Tak terasa penatku menaip pada keyboard ini, memang benar ini adalah tanda kerinduanku kepadamu,
Ingatlah sayang..
aku selalu ada untukmu..
Untuk itu jangan pernah kau merasa sendiri atau sepi..
Semoga kerinduanku ini akan terjawab, seiring berjalannya waktu.

Salam hormatku dan sayangku untukmu…. J

Sumber asal : http://akuislam.com/

...Redakanlah Amarahmu...







Amarah???...tidak ada manusia yang tidak ada rasa amarah ini..aku pun tidak terlepas daripada memiliki perasaan itu,,kadang-kadang aku mampu mengawalnya dari ‘meletup’..dan kadang-kadang aku sendiri tak mampu mengawalnya kerana aku juga manusia biasa yang ada had dan batas rasa marahnya..

Jujur aku akui aku tak mampu memarahi sahabat dan orang yang lebih tua daripada aku…marah aku, garang aku hanya dihadapan adik-adik aku yang tak pernah nak dengar kata..haha..
Kalau aku marah dkt someone,,aku hanya mampu pendamkan saja,,dan diam….aku rasa itu lebih baik daripada memarahi,,dan memaki mereka..

Lately, aku rasa mcm nak marah org je selalu,,mungkin aku cuma berhati-hati agak hati aku tak terluka lagi kot..hihi..aku dah pun google dan cari sikit maklumat supaya dapat kawal sifat amarah ni…ye la kadang-kadang time kita marah,,semua perkataan yang tak sesuai keluar kan…itulah kelemahan kita kn..hihi

So, sekarang masa untuk kita belajar menjadi insan yang lebih sabar dalam menjalani hidup ini.

Kali ni saya akan kongsikan cara-cara meredakan amarah :


1. Langkah awal apabila kita merasakan perasaan amarah meelanda, sebaiknya kita membaca Ta'awwudz.Kerana hanya pada Allah kita meminta pertolongan.

" Rasulullah bersabda kalimat yang diucapkan nescaya akan hilang kemarahan seseorang, iaitu A'uudzu billah mina-syaithani-r-rajiim, Aku berlindung kepada Allah dari godaan syaitan yang terkutuk (H.R. Bukhari Muslim)."

 2. Bersegeralah mengambil air wuduk.

"Rasulullah bersabda kemarahan itu dari syaitan, sedangkan syaitan tercipta dari api, api hanya dapat dipadam dengan air, maka kalau kalian marah berwuduklah (H.R. Abu Dawud)." 

3. Jika marah dengan keadaan berdiri maka duduklah, jika masih belum hilang maka berbaringlah.


4. Jika langkah diatas masih belum mampu menghilangkan rasa kesal dalam diri kita. Sebaiknya kita diam, menjaga perkataan lalu banyak berzikir atau membaca surat cinta dari Allah(Al-Quran).

"Ajarilah(orang lain), mudahkanlah, jangan mempersulit masalah, kalau kalian marah maka diamlah (H.R. Ahmad)."
"Ketahuilah sesungguhnya marah itu bara api dalam hati manusia.Tidakkah kamu melihat merahnya kedua matanya dan tegangnya urat darah dilehernya? Maka barangsiapa yang mendapatkan hal itu, maka hendaklah ia menempelkan pipinya dengan tanah(sujud) (H.R. Tirmidzi)." 
Friday, 14 February 2014

....Tersenyumlah Wahai Hati Yang Bersedih....

✿✿ Jodoh Pasti Bertemu ✿✿



Jodoh Pasti Bertemu

“Dalam hidup pasti ada yang datang dan pergi
Memberi cinta atau menembus luka
Namun bukankah Tuhan selalu punya rencana


setelah hujan selalu ada pelangi
setelah luka pasti ada bahagia
setelah menunggu pasti akan ada yang datang


semua indah pada waktunya
jika kau mau menunggu, berusaha dan berdoa”


Jika aku bukan jalanmu
Ku berhenti mengharapkanmu
Jika aku memang tercipta untukmu
Ku kan memilikimu, jodoh pasti bertemu
Wednesday, 12 February 2014

✿ Cuba Untuk Tidak Membenci Meski Hati Terluka ✿

…..ASSALAMUALAIKUM…..

Hye...
Dah lama sgt dh aq tak menjenguk blog ni.,,berhabuk dh blog ni..hahaha..update terbaru, aq masuk sem dua dh..hahaha..betapa sekejapnya masa berlalu kn???...tak sedar pun masa mengejar kita,..post terakhir aq masa bulan Nov tahun lepas dan sekarang dh Feb dh pn…

Banyak cerita sebenarnya,,cerita yang tak siapa yang tahu..aq nak tulis tapi aq sendiri tertanya-tanya mampukah aq mencoretkan semuanya kt sini???...mampukah aq menahan airmata drpd menitis???...aq tak ada jawapan utk semua tu..

Jujur aq cakap hati yang terluka itu lebih sakit drpd tangan yang terhiris pisau…

Tangan yg terhiris pisau, apabila kita letakkan ubat lama-lama hilang rasa sakitnya walaupun tinggal parut..

Tapi jika hati yang terhiris,,ubatnya sgt susah nk dicari,,ubatnya hanya pada Allah,,dimintakan supaya hati yang sakit ini tidak membenci mereka yg melukakan,dimintakan supaya hati yg sakit ini sembuh kerana tak sanggup menahan kesakitannya lagi…Dan yang pasti PARUTnya takkan pernah hilang walaupun kita cuba memaafkan mereka.

Mesti korang tertanya-tanya kan,,,apa yg Fara merepek ni???..apa yg Fara mengarut ni???...

Biar la aq cerita secara umum mcm ni..tak perlu la terlalu detail..sebab aq takut TERBUKA AIB org nnti..sedangkan aib aq pn Allah tutup..inikan pula aib org lain..

Bagi aq, biar la mereka dengan cerita mereka,,mereka mungkin mampu mencaci,menghina,dan memperlekehkan aq..Sakit tu mmg sakit bila org buat kita mcm tu,,,

tpi apa daya kita untuk membalas kejahatan org itu..Cukuplah bagi aq bersabar dan yakin bahawa ada hikmah yg tersembunyi disebalik ujian yg maha besar ini..

Allah nk bagi kita ‘HADIAH’ yang besar dan kita perlu ‘MEMBAYAR’ nya dengan keredaan dan keikhlasan dalam setiap ujian-Nya..Sesungguhnya aq yakin dengan rahsia Allah dan perancangan-Nya terhadap hambaNya.

~ Buat insan yang pernah MENYAKITI ku:-
Terima kasih kerana telah mengajarku erti kesabaran & semoga dirimu tidak akan pernah merasai sakit sepertimana yang saya rasakan...

~ Buat insan yang pernah SAYA SAKITI:-
Maafkanlah kekhilafanku, saya hanyalah manusia yang jauh dari kesempurnaan...