Apa khabar jodohku? Sihatkah? Berat rasanya
kelopak mataku tertutup. Bagaimana dengan kamu? Apa kamu selalu terbangun
disepertiga malam terakhir? Dan apakah mulutmu terasa menerus -menerus berzikir
dimalam hari?
Jujur aku rindu kamu, wahai jodohku..
Tapi saat ini belum saatnya untuk kita bertemu,
bukannya aku tak mahu, atau aku tak rindu. Tapi sememangnya kerana perjalanan
kita masih panjang. Dan masih banyak kewajipan yg harus kita penuhi sayang.
Kadang – kadang aku berfikir, apa nanti saat subuh tiba kau akan
membangunkanku? Mengajakku bertafakur dan bersujud kepada-Nya?
Berat hati ini menantikanmu, gelisah pula hati ini
memikirkanmu. Apa kau selalu hiasi langkahmu dengan kebaikan-kebaikan? Dan
apakah nanti saat zuhur tiba, kau akan meninggalkan kesibukanmu sementara,
untuk menghadapNya?
Jodohku, sihatkah kamu?
Kalau aku berada disamping mu saat ini, mungkin
aku akan merawatmu dengan penuh kasih sayang.
Jodohku sabar dan tenanglah..
Aku disini masih bersabar menanti mu, Hatimu tidak
terluka kan? senyumlah.. kerana aku yakin kebahagiaan akan selalu menyertai
kita, Jikalau detik ini hatimu sedang terluka, berwuduklah.. dan mendekatlah
diri kepada-Nya. Tetapi disini aku berharap kamu baik-baik saja..
Jodohku, aku rindu..
Bilakah kita akan bertemu? Begitu banyak hal yg
ingin ku ceritakan kepadamu. Begitu banyak pula harapanku untuk menantikan
nasihat – nasihat mu. Hati ini kosong.. dan hati ini tak sabar menanti kehadiranmu yang kan
membalut dan menyembuhkan luka dihatiku.
Jodohku…
Adakah kau juga rindu padaku? Bagaimana dengan
Quran mu? Sudahkah kau baca diantara maghrib dan isyak? Apa yang kau fahami
dari surah itu? Ceritakanlah kepadaku.. Aku sedia mendengar, dan begitu juga
dengan keluhanmu, aku sedia mendengarnya..
Apa perubahan yang kau lakukan dari hari ke
hari sayang? semakin baikkah?
Aku berharap seperti itu, Jodohku..
disetiap langkahku dan seusai solatku..
ku bisikkan AL-Fatihah untukmu, agar kau selalu
berada dijalan-Nya..
Sabarlah sayang, waktu-waktu ini bukanlah waktu
yang lama..
Jangan sampai kau tersalah jalan sayang..
Jodohku..
nantilah aku, dengan perbagai kebaikan yang
nantinya akan membawa Rahmat untuk kita, Jagalah dirimu dari hal-hal yang
dilarang agama. Kerana aku mencintaimu secara tulus & ikhlas
Jodohku..
Bersiaplah kau untuk mencintaiku scara tulus dan
mahu menerima segala kekuranganku. Dan membenarkanku dikala aku salah. Sayang…
berusahalah membahagiakan orang tuamu… dengan menjaga sikapmu dan tuturkata
mu.. Aku yakin kau adalah orang yang sabar, orang yang cekal membesarkan anak –
anak kelak Jangan pernah merasa keseorangan.. kerana aku disini masih
setia menantimu..
Jodohku..
kalau siang sudah berlalu.. pejamkan matamu dengan
buaian doa, begitu juga ucapan doa dariku yang selalu menyertaimu…
Semoga ALLAH selalu menjadikan kita dijalan yang
benar. Amin…
Jodohku..
Tak terasa penatku menaip pada keyboard ini,
memang benar ini adalah tanda kerinduanku kepadamu,
Ingatlah sayang..
aku selalu ada untukmu..
Untuk itu jangan pernah kau merasa sendiri atau
sepi..
Semoga kerinduanku ini akan terjawab, seiring
berjalannya waktu.
Salam hormatku dan sayangku untukmu…. J
Sumber asal
: http://akuislam.com/
0 comments:
Post a Comment