Amarah???...tidak ada manusia yang tidak ada rasa amarah ini..aku pun tidak terlepas daripada memiliki perasaan itu,,kadang-kadang aku mampu mengawalnya dari ‘meletup’..dan kadang-kadang aku sendiri tak mampu mengawalnya kerana aku juga manusia biasa yang ada had dan batas rasa marahnya..
Jujur aku akui aku tak mampu memarahi sahabat dan orang yang
lebih tua daripada aku…marah aku, garang aku hanya dihadapan adik-adik aku yang
tak pernah nak dengar kata..haha..
Kalau aku marah dkt someone,,aku hanya mampu pendamkan
saja,,dan diam….aku rasa itu lebih baik daripada memarahi,,dan memaki mereka..
Lately, aku rasa mcm nak marah org je selalu,,mungkin aku cuma
berhati-hati agak hati aku tak terluka lagi kot..hihi..aku dah pun google dan
cari sikit maklumat supaya dapat kawal sifat amarah ni…ye la kadang-kadang time
kita marah,,semua perkataan yang tak sesuai keluar kan…itulah kelemahan kita
kn..hihi
So, sekarang masa untuk kita belajar menjadi insan yang lebih
sabar dalam menjalani hidup ini.
Kali ni saya akan kongsikan cara-cara meredakan amarah :
1. Langkah awal apabila kita merasakan perasaan amarah meelanda, sebaiknya kita membaca Ta'awwudz.Kerana hanya pada Allah kita meminta pertolongan.
2. Bersegeralah mengambil air wuduk.
3. Jika marah dengan keadaan berdiri maka duduklah, jika masih belum hilang maka berbaringlah.
4. Jika langkah diatas masih belum mampu menghilangkan rasa kesal dalam diri kita. Sebaiknya kita diam, menjaga perkataan lalu banyak berzikir atau membaca surat cinta dari Allah(Al-Quran).

" Rasulullah bersabda kalimat yang diucapkan nescaya akan hilang kemarahan seseorang, iaitu A'uudzu billah mina-syaithani-r-rajiim, Aku berlindung kepada Allah dari godaan syaitan yang terkutuk (H.R. Bukhari Muslim)."
2. Bersegeralah mengambil air wuduk.
"Rasulullah bersabda kemarahan itu dari syaitan, sedangkan syaitan tercipta dari api, api hanya dapat dipadam dengan air, maka kalau kalian marah berwuduklah (H.R. Abu Dawud)."
3. Jika marah dengan keadaan berdiri maka duduklah, jika masih belum hilang maka berbaringlah.
4. Jika langkah diatas masih belum mampu menghilangkan rasa kesal dalam diri kita. Sebaiknya kita diam, menjaga perkataan lalu banyak berzikir atau membaca surat cinta dari Allah(Al-Quran).
"Ajarilah(orang lain), mudahkanlah, jangan mempersulit masalah, kalau kalian marah maka diamlah (H.R. Ahmad)."
"Ketahuilah sesungguhnya marah itu bara api dalam hati manusia.Tidakkah kamu melihat merahnya kedua matanya dan tegangnya urat darah dilehernya? Maka barangsiapa yang mendapatkan hal itu, maka hendaklah ia menempelkan pipinya dengan tanah(sujud) (H.R. Tirmidzi)."
0 comments:
Post a Comment