Click Here For Free Blog Templates!!!
Blogaholic Designs

Pages


counter
Sunday, 22 September 2013

Surat Untuk En.'Crush'

Dear My Crush,
Hye awak!!!...msti awak tak tahu kan yang saya suka awak..haha..better awak tak payah tahu kot yang saya suka dkt awak tapi dalam hati saya..,saya nakkkk sangat awak tahu yang saya sukakan awak..huhu..,,tapi siapa la saya ni kan nk bergandingan dengan awak yang ‘perfect 10’ tu..,,Saya jugak tahu terlalu ramai yang sukakan awak dan mesti awak perasan semua tu kan..saya nak awak tahu dalam ramai-ramai tu ada saya yang selalu pandang awak,perhati setiap gerak geri awak tanpa awak sedari pun,,yela mesti awak tak perasan saya sebab saya ni tak la cantik macam yang lain dan sebab tu la saya hanya mampu jadikan awak tu ‘crush’ saya je..

Awak tahu tak??...first saya jumpa awak,saya tak perasan pun apa yang istimewa tentang awak ni..tp lama kelamaan saya mula sedar yang ada something special tentang awak.,bukan sebab awak smart tapi cara awak layan saya dengan kawan-kawan saya..walaupun benda tu bukan salah awak tapi awak still mintak maaf dengan kitaorg..dan awak jugak tahu apa tanggungjawab awak..banyak benda sebenarnya yang saya mulai suka tentang diri awak tapi saya tak tahu macam mana nk describe..hanya saya yang mampu faham semua tu..

Awak tahu tak??...kalau boleh saya nak tgk awak tiap-tiap hari..walaupun hanya mampu memandang awak dari jauh..itu pun sudah mencukupi tapi apa kan daya saya tak mampu tgk awak tiap-tiap hari atas sebab2 tertentu…kalau saya online Facebook,saya mesti akan tengok dkt ruang chat..nak tgk sama ada awak online ke tak..saya selalu tgk awak online tapi saya malu nak tegur awk..takut awak beranggapan yang bukan-bukan tentang diri saya yang kerdil ini..

Awak nak tahu ke siapa awak dihati saya???..nama awak??...jeng.jeng,jeng…

Jika benar awak jodoh saya,,awak akan tahu jgak suatu hari nnti..tapi jika awak bukan jodoh saya,biarlah ianya menjadi rahsia saya..rahsia yang awak pernah curi hati saya..

Awak tahu tak??..kalau boleh saya nak awak jadi pembimbing hidup saya.,tegur mana salah silap saya,,mendidik saya kearah kebaikan…menjadi peneman setia saya hingga hujung hayat saya..tapi siapa lah saya..saya hanya mampu merancang dan berdoa semoga dipertemukan jodoh yang baik-baik tapi Allah yang Maha Mengetahuinya dan Dialah sebaik-baik perancang,..Siapa la saya untuk merubah takdir dan menjadikan awak milik saya…saya tak mampu lakukan semua tu,wak..saya hanya mampu berdoa,mudah-mudahan awak lah jodoh saya..

Jodoh kita itu  
Sudah tercatat di Luh Mahfuz
Andai kita ditakdirkan bersama
Tiada apa yang mampu menghalang takdir itu terjadi
Wahai sang pemilik tulang rusuk ku
Aku ingin kau tahu
Aku setia menanti dirimu disini
Monday, 16 September 2013

MY BABY YOU BY MARC ANTHONY


Hye..kali ni aku nak share satu lagu favourite aku..
lagu ni aku boleh katakan ada something special la…..
sampai terus kat hati aku,.,
so,lepas ni..kalau ada sapa2 nak ngorat aku tu boleh r nyanyi lagu ni..hahaha...…grau je la…...
Kenapa aku suka lagu ni????..
aku pun x tahu..,,maybe sebab lirik dia and music arrangement dia kot...
Aku selalu impikan yang aku dapat main piano dengan lagu ni..tapi sayang aku tak tahu main piano…...
Alat music yang paling aku suka adalah piano..
aku suka dengar bunyi dia..soft and membuai perasaan..
Aku start suka piano time aku baca komic jepun..
ada satu watak hero tu,dia pandai main piano..tapi dia ada masalah dia tersendiri even dia anak orang kaya yang ada pengaruh besar dalam industri music..
karakter dia.,macho,tinggi,ada gaya tersendiri,loving tapi ego...
Aku suka watak hero tu..dia akan jadi protector when dia dengan seorang perempuan...
Aku pun tak ingat sangat dah pasal cerita tu..nanti la aku baca balik..
but now pasal lagu ni,,
penyanyi asal lagu ni pun boleh nangis when nyanyi lagu ni..
Marc Anthony punya suara mmg best r...…
kat bawah ni ada video Marc Anthony nyanyi lagu ni dengan penuh perasaan sampai dia nangis kot...
…Aku tengok video ni pun,aku nangis..sebab terharu..hahaha..
seorang lelaki sanggup nangis sebab dia sayang gilerr kat perempuan tu..


MY BABY YOU

As I look into your eyes

I see all the reasons why

My lifes worth a thousand skies
Youre the simplest love Ive known

And the purest one Ill own

Know, youll never be alone
My baby

You are the reason I could fly

And because of you
I dont have to wonder why

Baby, you

Theres no more just getting by

Youre the reason I feel so alive
Though these words I sing are true

They still fail to capture you

As mere words can only do
How do I explain that smile?

And how it turns my world around

Keeping my feet on the ground
My baby

You are the reason I could fly

And cause of you
I dont have to wonder why

Baby, you

Theres no more just getting by

Youre the reason I feel so alive
I will soothe you if you fall

Ill be right there if you call

Youre my greatest love of all
You are the reason I could fly

And cause of you

I dont have to wonder why
My baby, you

Theres no more just getting by

Cause youre the reason I feel so alive
Arianna I feel so alive




Sunday, 15 September 2013

Kami Buddyz!!!!!!...Takkan Terpisah..

Assalamualaikum
Hye..sebelum diri kerdil ini sibuk dengan pelbagai tugasan dan aktiviti,,
aku ada satu lagi post pasal sahabat yang selalu ada dalam setiap detik kehidupan aku..
Aku sayang mereka sangat2…

Dulu time Form4 kitaorang akan pergi mana2 pun bersama..
yup,,kami berempat sebenarnya…
aku boleh katakan yang kitaorang share semua benda bersama..
kalau sorang drpd kami ada masalah,semua akan terlibat untuk selesaikan masalah tu..
kalau sorang x suka dgn someone,,smua jd x suka..
sehati sejiwa la katakan...hihihi..

Kami bersama sampai lah Form5,,
then semua kene belajar tempat yang berbeza..
aku ke Matrikulasi Kedah,sorang ke Uitm Dungun manakala dua lagi naik Form6…walaupun masing2 juah,,kami still contact and kitaorang akan jupe when time cuti..

Time Form5 dulu aku ada create group untuk kitaorang,,
nama group tu F4 Group..
Kenapa F4???..
..F4 stands for Fantastic,Faithful,Feminine,Fairness..
itu la group kita orang sampai la ke hari ni.
.xpernah berpecah walaupun masing2 sibuk dgn urusan mereka..
nak jumpa semua mmg susah tapi setahun sakali kami akan cari peluang utk jumpa even sekejap je..

Okay,,aku akan cerita pasal diaorang sorang demi sorang..

First,,Fizz(Nur Hafizah Ibrahim)..Fizz ni lembut org nya..
baik sgt2 then penyayang pulak tu..
dlm group kitaorg dia yg byk nangis kot..sbb tiap kali jumpa msti menitis airmata dia..ye la nama pun rindu kan..
aku terharu sgt klau dia nangis,,aku nk nangis gak tapi tahan je la..aku bukan suka nangis depan org…
tapi itu la Fizz,,,hati dia sgt lembut dan mudah tersentuh…
ermm,,mak aku pernah ckap la pasal Fizz ni..benda ni aku ingat sampai skrang..,
”Muka Fizah ni lembut je mak tgk,,klau buleh wat menantu ni,,untung rasa..”…hihihi…Dia jugak selalu ambik tahu pasal aku..aku syg dia sgt..
susah nk cari kawan mcm dia tau..

Kedua,,Cik Manisah(Manisah Ghani)..
Manisah ni pun lebih kurang Fizz gak..
lembut..comel..baik..matang..kecik je org nye..
Manisah ni ramai peminat sebenarnya tapi dia kurang layan ckit..btol x,Manisah??..
Dalam ramai2,dia yang susah ckit nak jumpa..bukan apa,,dia duk jauh ckit dr kitaorg..kalau nak jumpa,kene booking awal2 ckit…hehehe…

Ketiga,,Cik Aroh(Siti Zaharah Mohd Ali)…
Aroh ni pun baik org nye,,matang pulak tu..comel then kecik mcm cik Manisah gak..
Dia duk sekampung dgn aku..Cuma kami jarang jumpa sebab aku ni jenis bukan suka keluar rumah…
aku malas keluar rumah pun ada sebab dia..bukan saja2 tau..nak prgi kedai cri top up ke apa ke,,aku akan keluar malam..ada la sebab dia,,tapi malas nak cerita..hihihi..
Aku rasa dalam banyak2,,Aroh ni yg pling suka share problem dia dgn aku la,,
yup,aku pendengar yg baik…
kdg2 tu ada gak aku bgi nasihat dgn kata2 semangat kt dia..
tapi dia sorang yg kuat..apa2 pun masalah,dia still mampu tersenyum..
aku respect dia sgt2..

Dalam group ni,,aku kot yg paling nakal..
maybe mereka tdk thu tapi aku tahu sejauh mana kenakalan aku…
bila??bagaimana??dimana??dan kenapa??..
biar la menjadi rahsia aku..

Dan setahu aku diaorang semua dh ‘berpunya’ except aku je la..
yang selalu single-mingle..huhuhu…
bak kata aku,single itu bebas..bebas drpd segala-segalanya..

Overall,,aku sayang member aku sgt2…
when aku dh selesa dgn someone,,
aku akan setia dlm perhubungan xspecially dlm persahabatan…
aku ingat mereka dalam setiap hembus nafas aku..
biar ajal yg menghapus memori aku tentang mereka ni..

Dalam persahabatan perlu ada keikhlasan,,
Ikhlas aku ,hanya Allah yang tahu,
Dalam persahabatan perlu ada kesetiaan,
Setia aku, tak pernah tinggalkan mereka sendirian,
Dalam persahabatan perlu ada kefahaman,
Faham aku, hanya mereka yang tahu,,
Dalam persahabatan perlu ada kasih sayang,
Sayang aku ,setulus hati,
Pengikat ukhwah persahabatan kami..










Ni hari last kitaorang jumpa sebelum aku masuk UKM...







Selepas habis Matrik,,
kitaorang buat reunion..
lama tak jumpa rindu..
tapi masa ni Manisah tak dapat datang..






Ni masa birthday Fizz yang ke-18..
kitaorang celebrate birthday dia dekat tepi pantai Penarik..



Kitaorang potong kek samaII..
Sebelum terjadi perpisahan..
Terpisah pun sebab belajar je..





Jamuan akhir tahun..
time ni tengah SPM..
kebetulan tak ada paper..
so,buat jamuan terakhir...





Habis je SPM,
Kitaorang pergi jalan-jalan.,
Then makan KFC dekat Jertih..
Habiskan masa bersama la katakan..hihihi





Ni la cik Manisah..
Comel kan??





Gambar ni kenangan buat kitaorang...
Bergembira selepas bersusah payah menghadapi SPM..








Time tunggu teksi nak balik after seharian round bandar Jertih..









Ni time graduasi..







Gambar ni Fizz yang edit..
cantik kan??
Ni la Fizz..
Terserlah kelembutan dia..hihihi









Ni la Zaharah..
Comel kan??....

Wednesday, 11 September 2013

Dia Yang Bernama IBu Dan Ayah..Terima Kasih Untuk Segalanya

ASSALAMUALAIKUM...

Hye…
kali ni aku nak share pasal orang yang telah melahirkan dan membesarkan kita di bumi bertuah ini..
siapa lagi kalau bukan mak dan ayah kita,kan??..

Dulu aku tak pernah nak ambik tahu dan memahami mak ayah aku(masa tu kecik lagi la..)..
tapi ada satu peristiwa yang buat aku sedar akan kedudukan aku sebagai anak ke-2 dan anak perempuan yang sulung..

Seperti yang korang tahu,anak ke-2 ni kuat memberontak cikit..macam tu la aku,,
aku selalu nak mak ayah aku faham aku tapi tak pernah sekali aku cuba faham keadaan mereka…

Ada satu kejadian yang aku akan ingat sampai bilaII…

Masa tu abang aku ambik UPSR dan aku time tu darjah 5..
semua orang tahu abang aku tu pandai..time result UPSR keluar,dia bawa balik berita gembira..dia dapat straight A’..
masa tu aku ada depan ayah aku..saat dan ketika abang aku bagitahu yang dia dapat 5A,,
tibaII aku tengok ayah aku menangis..itulah titisan kegembiraan seorang ayah yang aku pernah lihat seumur hidup aku..
sebelum ni aku tak pernah lihat ayah aku menangis..walau banyak mana sekalipun kami adik beradik buat salah,,tak pernah ayah menangis dengan sikap anak-anak dia,,
dia sabar dengan kami..
marah dia untuk mendidik kami jadi insan yang berguna..

Mulai saat itu,aku bertekad,“Biarkan Ibubapamu Menangis Kerana Kejayaanmu,Jangan Biarkan Mereka Menangis Kerana Kegagalanmu”..

Masa aku darjah 6,,
aku bukanlah sepandai abang aku,,aku tak dapat 5A pun..dan aku kecewa sangat dengan diri aku..aku nak ayah aku menangis kerana kejayaan aku pulak namun aku tak berjaya..aku just dapat 3A1B1C..
itulah yang dikatakan,Allah adalah sebaik-baik perancang…

Time PMR pun sama,abang aku sekali lagi berjaya membuat ayah aku menangis kerana kejayaan dia..dan bangga dengan pencapaian dia..
namun tidak di pihak aku…sekali lagi aku gagal mencapai misi aku..aku tak berjaya membuat mak ayah aku happy…

Setiap kali aku gagal,aku yang menangis bukan mak ayah aku yang menangis..
diaorang yang akan memujuk aku untuk terus bangun dari kegagalan tu..bukan untuk terus meratapi perkara yang lepas..
aku menangis bukan sebab aku tak dapat terima takdir itu tapi aku menangis sebab sebelum aku menutup mata ini buat selama-lamanya,aku nak lihat mak ayah aku menangis kerana kejayaan aku walaupun hanya sekali..
aku nak mereka tahu,,aku pun mampu jadi anak yang berguna sama macam abang aku…

Dan untuk sekian kalinya,aku lihat ayah aku kecewa dengan abang aku time dia ambik SPM..
ayah tak menangis tapi riak wajah ayah,aku mulai faham apa yang dia rasa saat itu..
dia kecewa dengan anak kebanggaan dia..

Aku tahu aku anak yang ke-2 harus tebus segala-galanya selepas abang aku...aku tekad time SPM..
aku sanggup bersekang mata untuk study sampai lewat malam,,hanya untuk berjaya dalam SPM..
siapa kata belajar tak letih??..
letih memang letih sebab kurang tido..
tapi saat aku rasa letih,aku akan bayangkan keletihan yang ayah aku alami untuk menyara kami sekeluarga..
kerah keringat hanya untuk hantar anak-anaknya ke sekolah demi melihat anak dia berjaya dan tidak jadi macam dia..

Ayah pernah berkata,”Ayah tak ada tanah untuk diwasiatkan untuk anak-anak ayah,,tapi satu je yang ayah boleh bagi…ayah boleh bagi kamu semua ilmu..biarlah ayah susah nak cari duit pun untuk sekolah kan kamu semua..ayah tak kisah..”

“Kalau ayah wasiatkan tanah,,anak-anak ayah akan berpecah-belah hanya kerana tanah..tapi kalau ayah bagi kamu ilmu,,dengan ilmulah kamu boleh jadi orang susah @ orang senang..kamu cari lah sendiri harta kamu dengan ilmu yang kamu ada..”

Kata-kata ayah tu aku pegang sampai sekarang…

Tiada siapa sangka dan duga,,
time SPM aku dapat straight A’…
aku sendiri tak percaya akan hakikat itu..
dan untuk sekian kalinya.,
aku lihat ayah aku menangis untuk aku..bagi aku melihat seorang ayah dan mak menangis kerana kejayaan aku adalah satu impian.,
dan akhirnya,aku berjaya capai impian aku tu,,

“Allamdulillah,,terima kasih,ya Allah kerana memakbulkan doa hambaMu ini dalam membahagiakan orang tuaku..dan memberi kesempatan untuk terus membahagiakan mereka hingga ke hari ini”

Aku masuk UKM ni pun sebab mak ayah aku..
diaorang yang beria-ia nak aku masuk UKM..
biar la jauh sekalipun daripada mereka,asalkan mereka bahagia..
dan walau sesukar mana pun keadaan aku di sini,,aku akan tetap kuat dan tabah,,aku rela demi mak ayah aku..
itu pengorbanan aku..

Ayah pernah kata,,sebelum segala-galanya berakhir,,
Ayah nak tengok aku dapat Phd..
dan dapat gelaran Dr.Fara Ayuni Mat Lazib…
itu impian ayah dan mak..

InsyaAllah,,jika diberi keizinan dari yang Maha Berkuasa untuk terus berbakti kepada orang tuaku,,aku akan cuba capai impian ayah tu..

“Ayah..akak janji akak akan berusaha bersungguh-sungguh hanya untuk lihat ayah dan mak tersenyum gembira..Akak sayang mak ngan ayah sangat-sangat walau kadangII kita tidak sependapat..hihi”

Yukkk.guys..kita sama-sama bahagiakan insan yang telah bertarung nyawa untuk melahirkan kita semua dan insan yang telah bersusah payah membesarkan kita..

Gud Luck Allzzz…
Hope u all jd anak yang baik,soleh dan taat kepada ibubapa..

Ingat!!!!!
Reda Allah terletak pada reda ibubapa..








Mak Ayah..
Ni hadiah untuk mak dgn ayah..








Tiada yang mustahil jika ada usaha yang gigih

Terima Kasih,Mak,,Ayah


Tuesday, 10 September 2013

Kau Kenangan Yang Terindah

Assalamualaikum..

Hye...ni post ke-2 aku pasal peribadi aku...
aku ada sorang kawan ni,dia memang baik gilerr ngan aku..masa aku duk kedah dlu,dia la yang selalu tolong aku,..misalnya,time cuti…...,dia akan ajak aku pergi rumah dia sebab kt Kedah aku xda sesiapa pun,,,.jadi ke;luarga dia dah jadi macam keluarga aku dah..,,family dia mmg baik and sporting gilerr.,,

Aku mmg x menyesal kenal dgn dia..,,time aku nangis..,dia selalu ada untuk aku,,time dia nangis,.,aku akan selalu ada dengan dia..suka duka,kitaorang share together..,,biar susah mcm mana sekalipun,.,kitaorang akan bantu satu sama lain..

Aku ingat lagi tiap-tiap malam,aku akan pergi bilik dia,,,bilik dia dengan aku mmg jauh sgt..tapi aku sanggup pergi bilik dia sebab aku sayang dia macam adik beradik aku dah..,,kt bilik dia,,kitaorang akan study sama-sama,..xpun kitaorang akan ber’story-mory’,,x kisah la pasal apa pun..

Hujung minggu pulak,,aku akan pergi tido bilik dia,,sampaikan roommate aku xsuka aku bermalam dekat bilik dia...,,hujung minggu mesti roommate aku akan tanya, ’malam ni tido bilik tIra ke??’...,,
hurmmmmm,,.tgk roommate aku sampai boleh tahu,,kemana aku akan pergi tiap-tiap malam hujung minggu...

Siapa kata kami budak baik..hahaha,,..
kami pun pernah buat jahat tau...,,
time 2 dah dekat nak abis matrik dah pun.,,.kitaorang keluar ‘outing’ dan balik hostel lewat dari time yg telah ditetapkan..,,so,kad matrik kitaorang pun kene tahan la..,,banyak lagi benda jahat kitaorang pernah buat tapi baik aku tak payah cerita la..,,
jahat kitaorang pun bukan la jahat sampai ada kes..
jahat kitaorang,,..jahat-jahat nakal je..hihihi

Hurmmm,,,setahun aku hidup dengan dia dekat Kolej Matrikulasi Kedah,,.
rasa macam sekejap je..x puas aku mencipta kenangan bersama dia.,,kini aku dengan dia terpisah jauh..,,
dia di Kedah,.,aku di Selangor..

Sekarang satu ayat yang boleh aku katakana untuk sahabat sejati aku ni.,,


”Tira,,aku rindu gilerr ngan hang..aku rindu nak hang out ngan hang..Aku sayang hang..hang sahabat terbaik aku yang pernah aku jumpa selama ni..”






~Study week,,kitaorang keluar round KMK utk hilang stress study..





~Kitaorang jalan-jalan dkt dataran KMK...
  sambil cuci mata...hahaha








~Time ni,,family dia ajak aku pergi Penang..
  Jalan-jalan makan angin..






~Before kitaorang pergi Penang,dia sempat lagi ambik gambar dengan kucing..
dengan aku tak nak pulak!!..hihihi





 ~Ni pun gambar kitaorang before keluar KMK..
   saja cipta kenangan terakhir sebelum semua bawa
   haluan masing-masing




 ~Ni gambar dekat dengan gelanggang tenis..
   saje je nak tengok abg2 tough kita main
   tenis..
   paling penting ada abg 'harry potter' main
   tenis..hahahaha






~'Dipondok kecil,,Dipukul ombakkkkk....'..hahaha
   ni pondok masak-masak kitaorang..hahaha
   xda la,,gurau je..

Hebatnya Seorang Wanita Dalam Islam

Assalammualaikum..

1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki.Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda, 'Ibu   lebih penyayang daripada bapa".

2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya.Allah mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.

4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari d osa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah.

7. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah dan orang yang takutkan Allah, akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah.Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapayang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan,memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

11. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang Soleh. 

12. Aisyah berkata, 'Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih Besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah, 'Suaminya. 'Siapa pula Berhak terhadap lelaki?' Jawab Rasulullah, 'Ibunya'. 

13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah Panggilan ibumu dahulu.

14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung Diudara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar Baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.

15. 
Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari Mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.. 

16. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.

17. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga. 

18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara Perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap Ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga. 


19. Daripada Aisyah r.a. Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada Anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka Akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka. 

"Maka,Wahai wanita,janganlah sesekali kita merasa lemah."
Assalammualaikum...

Salam perkenalan..
Dulu aku ada blog tapi entah macam mana entah tak dapat nak bukak so, aku buat yang baru….hampir sama je..

Blog ni aku buat sebab aku nak kongsikan kisah2 peribadi aku serba sedikit dan info2 yang boleh aku share dengan korang semua…

Blog ni aku jadikan satu platform untuk aku lauhankan perasaan aku sebenarnya…
Aku tak kisah sama ada orang nak baca ke tak,,,at least aku luahkan apa yang terpendam dalam hati aku daripada aku pendam lama2,,kn??

So,aku harap korang dapat bagi komen yang membina untuk aku,,dan aku harap korang boleh jadi penasihat dan kaunselor untuk aku..okay!!....
Thanks sebab korang dapat luangkan masa untuk tengok2 blog aku ni…


Love you Allzzzz…….