ASSALAMUALAIKUM...
Hye…
kali
ni aku nak share pasal orang yang telah melahirkan dan membesarkan kita di bumi
bertuah ini..
siapa lagi kalau bukan mak dan ayah kita,kan??..
Dulu aku
tak pernah nak ambik tahu dan memahami mak ayah aku(masa tu kecik lagi la..)..
tapi
ada satu peristiwa yang buat aku sedar akan kedudukan aku sebagai anak ke-2 dan
anak perempuan yang sulung..
Seperti
yang korang tahu,anak ke-2 ni kuat memberontak cikit..macam tu la aku,,
aku
selalu nak mak ayah aku faham aku tapi tak pernah sekali aku cuba faham keadaan
mereka…
Ada satu
kejadian yang aku akan ingat sampai bilaII…
Masa
tu abang aku ambik UPSR dan aku time tu darjah 5..
semua orang tahu abang aku tu
pandai..time result UPSR keluar,dia bawa balik berita gembira..dia dapat
straight A’..
masa tu aku ada depan ayah aku..saat dan ketika abang aku bagitahu
yang dia dapat 5A,,
tibaII aku tengok ayah aku menangis..itulah titisan
kegembiraan seorang ayah yang aku pernah lihat seumur hidup aku..
sebelum ni aku
tak pernah lihat ayah aku menangis..walau banyak mana sekalipun kami adik
beradik buat salah,,tak pernah ayah menangis dengan sikap anak-anak dia,,
dia sabar
dengan kami..
marah dia untuk mendidik kami jadi insan yang berguna..
Mulai
saat itu,aku bertekad,“Biarkan Ibubapamu Menangis Kerana Kejayaanmu,Jangan
Biarkan Mereka Menangis Kerana Kegagalanmu”..
Masa aku
darjah 6,,
aku bukanlah sepandai abang aku,,aku tak dapat 5A pun..dan aku kecewa
sangat dengan diri aku..aku nak ayah aku menangis kerana kejayaan aku pulak
namun aku tak berjaya..aku just dapat 3A1B1C..
itulah yang dikatakan,Allah
adalah sebaik-baik perancang…
Time
PMR pun sama,abang aku sekali lagi berjaya membuat ayah aku menangis kerana
kejayaan dia..dan bangga dengan pencapaian dia..
namun tidak di pihak aku…sekali
lagi aku gagal mencapai misi aku..aku tak berjaya membuat mak ayah aku happy…
Setiap
kali aku gagal,aku yang menangis bukan mak ayah aku yang menangis..
diaorang
yang akan memujuk aku untuk terus bangun dari kegagalan tu..bukan untuk terus
meratapi perkara yang lepas..
aku menangis bukan sebab aku tak dapat terima
takdir itu tapi aku menangis sebab sebelum aku menutup mata ini buat
selama-lamanya,aku nak lihat mak ayah aku menangis kerana kejayaan aku walaupun hanya sekali..
aku nak mereka tahu,,aku pun mampu jadi anak yang berguna sama macam
abang aku…
Dan
untuk sekian kalinya,aku lihat ayah aku kecewa dengan abang aku time dia ambik
SPM..
ayah tak menangis tapi riak wajah ayah,aku mulai faham apa yang dia rasa
saat itu..
dia kecewa dengan anak kebanggaan dia..
Aku
tahu aku anak yang ke-2 harus tebus segala-galanya selepas abang aku...aku
tekad time SPM..
aku sanggup bersekang mata untuk study sampai lewat
malam,,hanya untuk berjaya dalam SPM..
siapa kata belajar tak letih??..
letih
memang letih sebab kurang tido..
tapi saat aku rasa letih,aku akan bayangkan
keletihan yang ayah aku alami untuk menyara kami sekeluarga..
kerah keringat
hanya untuk hantar anak-anaknya ke sekolah demi melihat anak dia berjaya dan
tidak jadi macam dia..
Ayah
pernah berkata,”Ayah tak ada tanah untuk diwasiatkan untuk anak-anak ayah,,tapi
satu je yang ayah boleh bagi…ayah boleh bagi kamu semua ilmu..biarlah ayah
susah nak cari duit pun untuk sekolah kan kamu semua..ayah tak kisah..”
“Kalau
ayah wasiatkan tanah,,anak-anak ayah akan berpecah-belah hanya kerana
tanah..tapi kalau ayah bagi kamu ilmu,,dengan ilmulah kamu boleh jadi orang
susah @ orang senang..kamu cari lah sendiri harta kamu dengan ilmu yang kamu
ada..”
Kata-kata
ayah tu aku pegang sampai sekarang…
Tiada
siapa sangka dan duga,,
time SPM aku dapat straight A’…
aku sendiri tak percaya
akan hakikat itu..
dan untuk sekian kalinya.,
aku lihat ayah aku menangis untuk
aku..bagi aku melihat seorang ayah dan mak menangis kerana kejayaan aku adalah
satu impian.,
dan akhirnya,aku berjaya capai impian aku tu,,
“Allamdulillah,,terima
kasih,ya Allah kerana memakbulkan doa hambaMu ini dalam membahagiakan orang
tuaku..dan memberi kesempatan untuk terus membahagiakan mereka hingga ke hari
ini”
Aku masuk
UKM ni pun sebab mak ayah aku..
diaorang yang beria-ia nak aku masuk UKM..
biar
la jauh sekalipun daripada mereka,asalkan mereka bahagia..
dan walau sesukar
mana pun keadaan aku di sini,,aku akan tetap kuat dan tabah,,aku rela demi mak
ayah aku..
itu pengorbanan aku..
Ayah
pernah kata,,sebelum segala-galanya berakhir,,
Ayah nak tengok aku dapat
Phd..
dan dapat gelaran Dr.Fara Ayuni Mat Lazib…
itu impian ayah dan mak..
InsyaAllah,,jika
diberi keizinan dari yang Maha Berkuasa untuk terus berbakti kepada orang
tuaku,,aku akan cuba capai impian ayah tu..
“Ayah..akak
janji akak akan berusaha bersungguh-sungguh hanya untuk lihat ayah dan mak
tersenyum gembira..Akak sayang mak ngan ayah sangat-sangat walau kadangII kita
tidak sependapat..hihi”
Yukkk.guys..kita
sama-sama bahagiakan insan yang telah bertarung nyawa untuk melahirkan kita
semua dan insan yang telah bersusah payah membesarkan kita..
Gud
Luck Allzzz…
Hope u
all jd anak yang baik,soleh dan taat kepada ibubapa..
Ingat!!!!!
Reda
Allah terletak pada reda ibubapa..
Mak Ayah..
Ni hadiah untuk mak dgn ayah..
Tiada yang mustahil jika ada usaha yang gigih
Terima Kasih,Mak,,Ayah
0 comments:
Post a Comment